ruppina,..


semalam, aku ke bilik pascasiswazah MSc. Akuakultur AKUATROP, juga dikenali secara ringkas sebagai BK,.. aku dah berjanji kepada rakanku, Abdullah, pelajar antarabangsa dari Nigeria, untuk membantunya mengulangkaji serba-sedikit subjek 'Aquaculture System and Technology' memandangkan ada ujian pada petang tadi,..

(picture taken from http://verycd.seesaa.net)

"saya suka sangat lagu-lagu Ruppina!!!"
salah satu lagu beliau adalah lagu yang anda sedang dengar sekarang,..

aku datang awal sedikit ke BK kerana ingin menyiapkan prototaip untuk pertandingan inovasi semasa Hari Penyelidikan UMT yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Januari 2011 nanti,.. setibanya di BK, dua orang rakanku, Eciro dan A'an sedang sibuk mengulangkaji dan membuat persiapan untuk ujian,.. sebenarnya aku suka menyakat rakan-rakanku, hanya dengan niat bergurau,.. jadi aku pun berbual-bual sedikit sambil bertanya mengenai Aina,..

bak kata Ecah pada malam semalam, "banyak betul perempuan dalam hidup Aman,.."

1. Aina (UMT - tahun 2010)
Aina adalah housemate kepada Ecah,.. jadi, akhir semester lepas aku selalu menyakat Ecah,.. antaranya, seperti "kirim salam kat Aina,.." dan "tak nak cakap dengan Ecah, nak cakap dengan Aina je,.." padahal, kat depan Aina tak cakap ape-ape pun,.. dan tak pernah pun cakap dengan Aina tu, hee,..

2. Etty Syarmila (UMT - tahun 2010)
Etty adalah calon untuk pilihanraya MPP UMT tahun lepas,.. walau bagaimanpun, Etty tidak berjaya menang pilihanraya tersebut,.. dia kemudiannya terlibat dalam Sekretariat Rukun Negara UMT, aku pernah berbual beberapa kali dengan Etty dan pernah sekali bertegur-sapa ketika terserempak dengannya di Surat FASM UMT,.. aku selalu bergurau ketika di dalam kelas mengatakan Etty seorang yang cantik, sehingga rakan-rakanku selalu membuatkanku terkejut,.. "Aman, Etty!!" ketika pintu dibuka,.. padahal, tak ada apa-apa pun,.. suka cari topik untuk menyerikan kelas,..

3. Fatihah (UMT - tahun 2009)
Fatihah adalah 'coursemate'-ku ketika aku melengkapkan Ijazah Sarjana Akuakultur,.. disebabkan Fatihah seorang yang pemalu, rakan-rakanku terutamanya Mukriz selalu bergurau dengan 'mengenakan' Fatihah dengan aku,.. hee, sampai pakwe tihah tu pun cemburu,.. kitorang kacau tihah sebab dia pemalu, kalau dia buat biasa je, lama dah berhenti kacau dia,.. namun, Fatihah adalah rakan karib kepada kumpulan 'Team Rocket', kumpulan pelajar nakal MSc. Akuakultur (C), heehehe,..

4. Ting Lee Yin (UNIMAS - tahun 2007)
aaa!! ini adalah kes pertama dalam REVOLUSI AMAN, heehehe,.. Lee Yin adalah subjek pertama kepada revolusi ini, dan aku lakukan ketika aku masih berada pada tahun kedua BSc. Bioteknologi di UNIMAS, tahun 2007,.. ketika itu, Lee Yin baru sahaja menyertai kumpulan Bioteknologi (WS47) setelah bertukar daripada kumpulan Zoologi yang diambilnya pada tahun pertama,.. Lee Yin menyertai kumpulan kami bersama seorang rakannya dari kumpulan yang sama, Ng Seau Feun,.. bila ada pelajar baru masuk kumpulan baru, apa lagi, habislah!! heehehe, tiap-tiap kali Lee Yin masuk kelas aku pun berkata kepada kelas, "awek cun!! awek cun!!" berlakon seakan-akan aku berdebar-debar,.. sampai satu kelas pun ingat aku suka kat Lee Yin, hee,.. tapi, sebagai penutup kempen berkenaan aku pun berdepan dengan Lee Yin buat julung-julung kalinya,..

Aman: "Lee Yin, awak tahu tak saya bagitau kelas saya ada 'something' dengan awak??"
Lee Yin: "mestila!! siapa yang tak tahu,.." (jawab Lee Yin dengan tersenyum,..)
Aman: "hee, saye gurau-gurau je,.. suka kacau, lagipun awak pelajar baru,.."
Lee Yin: "hee, takpe,.."

lepas tu, aku tak kacau lagi Lee Yin,.. sebab sibuk sangat dengan projek tahun akhir pun, kalau tak sibuk sambung lagi kempen tu,.. heehehe, takde la,.. gurau jer,..


Aman Fathur
(January 20, 2011)

2 Response to ruppina,..

  1. Jiji-Fify says:

    Aikkk..macam tak lengkap je list tu..ade lagi kannnnn.. kah kah kah

  2. hurm, ni list yang boleh dipublish sahaje~~ heehehehe,..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails