ketam cina dan ketam melayu,..


(Tuan Haji Sahlan Saruddin from his profile page at Facebook.com)

seorang nelayan menjual hasil tangkapannya di pasar basah,.. di hadapannya ada dua bakul berisi ketam, satu tanpa penutup dan satu lagi ditutup ketat,.. seorang pembeli pun kehairanan lalu bertanya,..

pembeli: "pakcik, ape dalam bakul yang tertutup ni?"
penjual: "ketam juga macam dalam bakul sebelah yang terbuka tu,.."
pembeli: "kenapa bakul ketam ni tak berpenutup satu lagi berpenutup?"
penjual: "owh, ketam dalam bakul yang berpenutup ni ketam cina,.. ketam yang dalam bakul yang terbuka tu ketam melayu,.."

"ketam cina kalau terlepas seekor, dia akan tolong ketam-ketam lain,.. ketam-ketam yang lain pun akan ikut keluar,.. sebab tu kena tutup,.."

"ketam melayu tak apa, sebab kalau seekor panjat nak keluar,.. ketam-ketam lain akan tarik dia jatuh semula ke dalam bakul,.. tak tutup pun tak apa,.."

begitulah stigma dalam masyarakat kita yang saling dengki-mendengki, iri hati, cemburu dengan kejayaan orang lain walaupun sebangsa,.. untuk mengubah mentaliti yang sudah berakar-umbi ini, kesedaran harus bermula dari dalam diri sendiri,..


Tuan Haji Sahlan Saruddin
Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera
(January 22, 2011)

1 Response to ketam cina dan ketam melayu,..

  1. Jiji-Fify says:

    Perghhhhh..mendalam maksudnya tuhhh..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails